Sunday, April 24, 2011

story about abah

assalam.. lama betul rasanya tak update blog.. bukan sebab tak de story malah terlampau byk story nk di kupas. tp atas sebab2 tertentu, demi menjaga sensitiviti sesetengah pihak terpaksa la aku tapis sampai dah takde satu story pun yg sesuai utk aku kongsi kat blog memandangkan ianya adalah utk tatapan umum.

anyway, kalau korang nk tau di saat ini aku sgt2 lah teringatkan kg halaman, tempat kelahiran aku yg nun jauh di timur. atas faktor2 yg perlu di ambil kira aku tersangatlah jarang pulang ke kg (last aku balik raya tahun lepas), jadi bila sesekali nk blk tu excited nya toksah cerita la.. dr mggu lepas dok pikir dah nk bwk bape pasang baju, nk buat aktiviti ape kat kg nanti. kebetulan pulak abg sulung aku baru je menyambut kelahiran puteri baru, so dia nak buat kenduri doa selamat dan majlis cukur jambul hujung minggu ni. dapatlah kami semua berhimpun setelah kian lama tak bersua.

adapun yg sebetulnya apa yg aku nk ceritakan bukan pasal aku nk balik kg, tapi pasal seseorang yg sangat aku rindui iaitu En Abdul Halim bin Hasan, ayahanda yg sgt aku sayang. aku bersyukur menjadi salah seorang cahayamata abah aku ni. bukan sebab abah aku ni selalu bg apa yg aku nk.. abah aku ni seorang yg sukar didekati oleh anak2.. masa kitorang kecik2 dulu apa2 pun semua ngadu kat arwah mak.. nak mintak ape2 pun suruh mak yg cakap. punyalah takut ngan abah yg garang tu.. tp skg aku da takde pilihan, takut ke nk terkencing dalam suar ke aku kena cakap sendiri gak..

aku bersyukur dgn kehidupan aku skg, semuanya sebab abah yg garang tu. pg2 ketuk dinding @ pintu bilik aku kejut bangun solat subuh, selagi tak bgn selagi tu la dia memekak.. masa zaman remaja aku pantang dia tgk aku pakai jeans ketat, baju singkat. dia akan kuarkan kata2 bisa yg menusuk kalbu sampai aku pikir berkali2 nk pakai lagi baju camtu depan dia.. (kat blkg aku pakai gak, tp itu dulu la.. maaf abah). dia banyak ajar kami adik beradik asas kehidupan, solat, puasa, mengaji Al-Quran.. kalau bukan sbb abah mungkin aku tak macam aku pd hari ini.

alhamdulillah, yg bestnya abah aku ni dia suka try new things. dia belajar guna computer, dia buat keje pakai ms word, ms excell.. abah aku mmg suka buat keja2 opis nih. skg bila aku dah kawin lg terasa jauh ngn dia.. i felt so sorry tak dpt luangkan byk masa dgn dia. abah aku tak pernah desak aku balik jenguk dia, cuma sesekali dia tnya bila nk blk.. aku tau dalam hati dia nk sgt aku blk, cuma dia paham keadaan aku yg jauh, dgn keja, dgn study... kdg2 abah terlampau memendam rasa..terlalu menjaga hati anak2, semuanya sebab tak nak ank2 terasa hati dan makin jauh dgn dia..

harap abah aku sentiasa dalam keadaan yg baik, semoga Allah lindungi abah aku dari segala penyakit, dari segala musibah dan mala petaka.. amin..

Tuesday, August 31, 2010

story lawak

untuk dikongsi bersama...

Assalamualaikum... Wahai sahabat² seagama denganku… Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini.... 3 Minit je, tak lama pun..

 Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

<span> </span>Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam… Sebarkanlah.... Xperlu minta izin dah.. :)

Monday, August 30, 2010

story mood

aku nk story sikit pasal mood.. happy, excited, sedih, bengang, kecewa, marah, nak nangis.. ape sbnrnya yg mempengaruhi mood kita? hormon? environment? erm aku paling tak suka perubahan mood ni, sebab aku susah nk recover. tmbh lg biasanya perubahan tu terjadi biasanya time aku tgh happy. betul kata org tua2 kalau tgh seronok jgn suka2 sgt nanti duka yg dtg..

erm.. bg aku hormon n environment yg paling utama memainkan peranan dlm menentukan mood seseorang. cth: kalau org pompuan dtg bulan  mood sure swing, itu faktor hormon.. kalau kita tgh elok tiba2 ade pulak org tak pasal2 nk marah2. salah sikit pun nk marah, gurau manja pun dianggap serius automatically mood kita will be affected too, yg ni pulak environment factor.

so camana agknya nk kawal mood supaya tak swing sana sini?? hurm.. aku da dpt satu cara = tulis dlm blog macam yg aku tgh buat ni.. ni sbnrnya tgh bengang ni hehe~ tp ok la at least bole gak kurangkan kebengangan tu kan. cara lain termasuk sentiasa berfikiran positif, jgn ikut perasaan.. bila rs nk marah cepat2 istighfar, kalau ada kesempatan ambik wudhu' dan solat. lebih indah kalau dapat meluangkan masa membaca ayat2 suci al quran. insyaallah segala ketidakstabilan mood akan reda. tp kalau pompuan tgh period jgn la p solat pulak. just set mind yg swing mood hanyalah mainan hormon..

pesanan terakhir: jgn marah nanti cepat tua.. sentiasa lah senyum dan ketawa untuk mengekalkan keremajaan kita :))

Sunday, August 29, 2010

story mandi wajib

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

story puasa

sedar tak sedar dah 19 hari  kita berpuasa. tak lama lg dah nk raya la.. time2 puasa ni ape yg korang selalu igt sgt2? kalau aku teringat sgt kat mak, sure ramai yg macam tu sbb time puasa ni la kite nk bermanja itu ini dgn mak. nk makan tu la ini la.. mak pulak akan turutkan je ape yg kita nak, bukannye ape nk motivate ank agar berpuasa...

aku mula di ajar berpuasa oleh mak abah aku sejak umur 6 tahun kalau tak silap aku, masa tu biasa la puasa yang yok masuk dapur bukak periuk hehe... betul2 penuh puasa rasanya dah darjah 4 (10 tahun). seingat aku ms darjah satu aku puasa hampir setengah bulan. masuk kul 5/6 mula la lembik. ms tu tok aku berpuasa ngn kitorang. aku pun buat la muka kesian konon tak larat sgt dah nk puasa. tambah pulak dgn dorongan tok aku time tu "ala budak2 nk paksa buat apa.. kalau tak larat buka ja la.." aku punya syok sbb ade org support. tp kata2 tok aku diiringi dgn jelingan tajam mak.. hehe aku tau mak tak puas hati. last2 abah pujuk bawak aku pegi pasar ramadhan.. berjaya la jugak aku puasa penuh hari tu... itu la budak2 bukannya tak larat sgt, saje nk rasuah hehe~

masa darjah 3 pulak aku buat jahat lg.. seingat aku time tu cuaca panas sgt. so asyik nk mandi je la, sbnrnya sambil menyelam minum air, dan mmg aku minum air pun. air paip! haha... lega betul rasanya dapat air~ bila aku dah besar aku cerita balik kat mak, mak kata dia pun tau budak2 punya helah.... tp dia tak marah pun.. sayang mak....

macam2 cerita puasa nih.. abg2 aku punya cerita pun byk aku dgr.. tp cerita diorang biar la diorang yg cerita. dah 5 tahun aku tak dpt lg berpuasa dan beraya dgn mak.. apa pun kenangan bersama arwah sentiasa kekal terpahat dalam ingatan. semoga arwah mak sentiasa tenang di sana..Ya Allah tempatkanlah arwah ibuku di kalangan org2 yg beriman.. al fatihah

Tuesday, August 24, 2010

1st story

cerita pertama aku mengisahkan pengalaman pertama aku bersama student nurse yg pertama kali menghadirkan diri utk clinical posting. walaupun baru 2 hari dgn diorang aku rasa cam dah 2 minggu keje. masuk pukul 1 aku dah lembik tambah pulak bln pose ni.. (ish tp pose takleh jd alasan..) tp mmg exhausted, bayangkan diorang first time exposed to clinical area, 1st time tgk real patient, 1st time kena buat vital sign observation, 1st time buat bed bath, 1st time tukar diaper patient.. hurm mcm2 reaksi aku tgk. teringat time aku student pun lebih kurang camtu gak..

yg memenatkan aku tiap kali diorang perform kat patient semua aku kena recheck blk, amik blood pressure takut salah pulak.. tukar diapers pun terkial2.. kesian pulak aku tgk last2 aku yg tolong diorang. tp aku tak boleh terus2an tolong diorang, nanti diorang tak confidence asyik mtk tolong aku.. mulai esok aku akan pastikan diorang buat semua keje aku cuma supervise je.. itu la keje aku yg sbnrnya..

ape pun aku harap semua student aku perform well ms posting ni.. semoga mulai esok diorang dah boleh senyum, takde la muka tension je.. nanti dgn aku skali stress tambah lg bila aku kena repeat byk kali, letih rasanya....