Sunday, April 24, 2011

story about abah

assalam.. lama betul rasanya tak update blog.. bukan sebab tak de story malah terlampau byk story nk di kupas. tp atas sebab2 tertentu, demi menjaga sensitiviti sesetengah pihak terpaksa la aku tapis sampai dah takde satu story pun yg sesuai utk aku kongsi kat blog memandangkan ianya adalah utk tatapan umum.

anyway, kalau korang nk tau di saat ini aku sgt2 lah teringatkan kg halaman, tempat kelahiran aku yg nun jauh di timur. atas faktor2 yg perlu di ambil kira aku tersangatlah jarang pulang ke kg (last aku balik raya tahun lepas), jadi bila sesekali nk blk tu excited nya toksah cerita la.. dr mggu lepas dok pikir dah nk bwk bape pasang baju, nk buat aktiviti ape kat kg nanti. kebetulan pulak abg sulung aku baru je menyambut kelahiran puteri baru, so dia nak buat kenduri doa selamat dan majlis cukur jambul hujung minggu ni. dapatlah kami semua berhimpun setelah kian lama tak bersua.

adapun yg sebetulnya apa yg aku nk ceritakan bukan pasal aku nk balik kg, tapi pasal seseorang yg sangat aku rindui iaitu En Abdul Halim bin Hasan, ayahanda yg sgt aku sayang. aku bersyukur menjadi salah seorang cahayamata abah aku ni. bukan sebab abah aku ni selalu bg apa yg aku nk.. abah aku ni seorang yg sukar didekati oleh anak2.. masa kitorang kecik2 dulu apa2 pun semua ngadu kat arwah mak.. nak mintak ape2 pun suruh mak yg cakap. punyalah takut ngan abah yg garang tu.. tp skg aku da takde pilihan, takut ke nk terkencing dalam suar ke aku kena cakap sendiri gak..

aku bersyukur dgn kehidupan aku skg, semuanya sebab abah yg garang tu. pg2 ketuk dinding @ pintu bilik aku kejut bangun solat subuh, selagi tak bgn selagi tu la dia memekak.. masa zaman remaja aku pantang dia tgk aku pakai jeans ketat, baju singkat. dia akan kuarkan kata2 bisa yg menusuk kalbu sampai aku pikir berkali2 nk pakai lagi baju camtu depan dia.. (kat blkg aku pakai gak, tp itu dulu la.. maaf abah). dia banyak ajar kami adik beradik asas kehidupan, solat, puasa, mengaji Al-Quran.. kalau bukan sbb abah mungkin aku tak macam aku pd hari ini.

alhamdulillah, yg bestnya abah aku ni dia suka try new things. dia belajar guna computer, dia buat keje pakai ms word, ms excell.. abah aku mmg suka buat keja2 opis nih. skg bila aku dah kawin lg terasa jauh ngn dia.. i felt so sorry tak dpt luangkan byk masa dgn dia. abah aku tak pernah desak aku balik jenguk dia, cuma sesekali dia tnya bila nk blk.. aku tau dalam hati dia nk sgt aku blk, cuma dia paham keadaan aku yg jauh, dgn keja, dgn study... kdg2 abah terlampau memendam rasa..terlalu menjaga hati anak2, semuanya sebab tak nak ank2 terasa hati dan makin jauh dgn dia..

harap abah aku sentiasa dalam keadaan yg baik, semoga Allah lindungi abah aku dari segala penyakit, dari segala musibah dan mala petaka.. amin..

No comments:

Post a Comment